PELAJARAN MEMBAWA KEBAHAGIAAN

Sunday, May 2, 2010

MOTIVASI DARIPADA PEGAWAI KPM


HASRAT ANDA AKAN TERCAPAI- TAHUN 6

2 MEI— UPSR adalah pengukur kejayaan sesebuah sekolah. Semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan tidak tertinggal ialah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia turut mengambil berat tentang peperiksaan UPSR. Peperiksaan inilah yang mengukur sejauh manakah seseorang murid itu dapat mencapai kemahiran-kemahiran serta pengetahuan yang dipelajarinya ketika di sekolah daripada Tahun 1 hinggalah ke Tahun 6.

Pada hari ini, seorang Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia; En. Shashim Shah bin Harun turun padang ke sekolah-sekolah untuk memantau di samping memberi motivasi serta kata-kata semangat kepada guru-guru dan murid-murid Tahun 6 yang bertempat di Dewan Cenderawasih. Kata-kata beliau amat membina serta dapat memberi kesedaran kepada murid-murid. Beliau menyentuh perkara-perkara seperti taat dan menghormati guru, memberi tumpuan sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Gaya penyampaian beliau amat berkesan kerana beliau menggunakan pendekatan yang berkaitan dengan kehidupan murid-murid serta amalan-amalan yang biasa diamalkan oleh murid-murid seharian.

Pendek kata, kata-kata beliau telah menyedarkan murid-murid bahawa mereka perlu membetulkan perbuatan serta amalan yang salah kepada yang betul.

Sidang pengarang berharap guru-guru dan murid-murid dapat mengambil ikhtibar di sebalik kata-kata beliau serta dapat ‘umphh’ untuk meneruskan perjuangan sehinggalah menduduki peperiksaan UPSR. Semoga Berjaya dengan cemerlangnya…