PELAJARAN MEMBAWA KEBAHAGIAAN

Friday, June 18, 2010

SAMBUTAN HARI GURU MERIAH!!

16 MEI - Hari yang bermakna ini disambut dengan meriah sekali. Pada awal pagi, murid-murid telah pun berkumpul di dewan terbuka SKDHZ. Perhimpunan khas ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Sobran diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dan Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang. Perhimpunan ini telah dipengerusi oleh Pn Siti Maryam. Kemudian, Pn Zaharah dijemput untuk menyampaikan perutusan KPPM, diikuti oleh En Mansur membacakan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis bersambung dengan ucapan Ketua Murid dan ucapan Guru Besar- Pn Ruzaidah bt Majid.


Selepas itu, En. Azmi bin Sanip mengetuai guru-guru melafazkan ikrar Hari Guru dengan semangat yang tinggi. Semua guru melafazkannya dengan semangat yang tinggi dan berkobar-kobar. kemudian, guru-guru menyanyikan lagu Guru Pembina Negara Bangsa, Kami Guru Malaysia dan lagu Negeri Kedah.














Setelah itu, murid-murid mula memberi hadiah dan bunga-bungaan kepada guru-guru kesayangan mereka sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas jasa mereka selama ini.

Guru-guru diraikan dengan menyertai sukaneka yang telah disusun oleh unit Kokurikulum. Antara acara yang dimainkan ialah: sambutlah saya, tiup bola pingpong dengan straw berisi kacang hijau, satay belon dan musical chair. Guru-guru begitu gembira semasa bermain dalam acara-acara yang dijalankan. Murid-murid turut memebri sokongan padu dan sorakan bagi menaikkan semangat guru-guru.

























Kemudian, sambutan Hari Guru bersambung dengan persembahan murid. Bermula dengan bacaan kad ucapan Hari Guru oleh pemenang dalam pertandingan mereka cipta kad ucapan hari Guru. Kemudian, diteruskan dengan persembahan oleh murid-murid Pendidikan Khas dengan Dikir Barat dan banyak lagi.Guru-guru lelaki juga turut serta mengadakan persembahan band bersama dengan nyanyian guru-guru perempuan.
























Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam acara sukaneka serta kad ucapan terbaik.




Thursday, June 17, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA

15 MEI- Gotong-royong telah diadakan pada hari Sabtu bagi membersihkan kawasan sekolah bersama dengan waris dan murid-murid. ramai yang hadir membantu menjayakan aktiviti ini. Waris yang hadir telah membantu pihak sekolah membersihkan ladang kelapa sawit (kaum bapa) bersama dengan guru-guru lelaki. Manakala, kaum ibu bersama guru-guru perempuan dan murid-murid membersihkan, mencanting serta mencangkul di kawasan taman sains. Guru-guru perempuan serta beberapa orang murid membersihkan surau. Guru dan pembantu pra sekolah mengecat lantai (ketingting). Guru kaunseling serta beberapa orang murid membersihkan bilik kaunseling.

Wednesday, June 16, 2010

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA KAD UCAPAN HARI GURU


5 MEI - Pertandingan mereka cipta kad ucapan telah diadakan pada hari Rabu pada waktu petang (3.30-5.30 petang). Murid-murid telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing seramai 5 orang dalam satu kumpulan.


Gambar-gambar di atas adalah antara murid-murid yang menyertai pertandingan ini. Mereka memberi komitmen sepenuhnya untuk menghasilkan kad ucapan kepada guru-guru kesayangan mereka. Selain itu, mereka juga dibimbing oleh guru-guru yang telah hadir pada hari itu.



Antara hasil yang telah dicipta oleh murid-murid. Tahniah dan syabas kepada semua yang memberi kerjasama bagi menjayakan pertandingan ini.