Selepas itu, En. Azmi bin Sanip mengetuai guru-guru melafazkan ikrar Hari Guru dengan semangat yang tinggi. Semua guru melafazkannya dengan semangat yang tinggi dan berkobar-kobar. kemudian, guru-guru menyanyikan lagu Guru Pembina Negara Bangsa, Kami Guru Malaysia dan lagu Negeri Kedah.
Setelah itu, murid-murid mula memberi hadiah dan bunga-bungaan kepada guru-guru kesayangan mereka sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas jasa mereka selama ini.
Guru-guru diraikan dengan menyertai sukaneka yang telah disusun oleh unit Kokurikulum. Antara acara yang dimainkan ialah: sambutlah saya, tiup bola pingpong dengan straw berisi kacang hijau, satay belon dan musical chair. Guru-guru begitu gembira semasa bermain dalam acara-acara yang dijalankan. Murid-murid turut memebri sokongan padu dan sorakan bagi menaikkan semangat guru-guru.
Kemudian, sambutan Hari Guru bersambung dengan persembahan murid. Bermula dengan bacaan kad ucapan Hari Guru oleh pemenang dalam pertandingan mereka cipta kad ucapan hari Guru. Kemudian, diteruskan dengan persembahan oleh murid-murid Pendidikan Khas dengan Dikir Barat dan banyak lagi.Guru-guru lelaki juga turut serta mengadakan persembahan band bersama dengan nyanyian guru-guru perempuan.
Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam acara sukaneka serta kad ucapan terbaik.
No comments:
Post a Comment